Thursday, September 2, 2010

ZAKAT FITRAH


Bulan Ramadhan bulan mulia ini sudah pastilah kita yang sudah bekerja ni kene bayar zakat sendiri .. ala sket jer takkan korang x mampu kot .. beli baju raya boleh .. topup prepaid boleh .. takkan ler zakat fitrah yang wajib tu x bayar kot .. hehehe ....
Kalau nak citer pasal zakat ni .. macam2 zakat yang kita kene bayar tau ... yang aku selalu bayar Zakat Fitrah dan Zakat Pendapatan .. Zakat Harta rasa macam x mampu lagi ... errkkk ... hehehe .. maklumlah ... aku bukan orang berharta sangat .. harta yang ada ni pun setakat cukup2 makan dan syukur atas nikmat yang diberikan-NYA ... moh kiter sket pasal zakat Fitrah ni yang kalau kat KL @ Putrajaya nilai zakat yang perlu dibayar adalah RM7 seorang ... sedikit info yang boleh dikongsikan bersama mengenai zakat fitrah ini yang saya dapat dari web Lembaga Zakat Selangor di www.e-zakat.com.my.
PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  4. Seorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"Adalah kami para sahabat bersama Rasulullah S.A.W sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau haba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian belua menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandung Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata : aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu Wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu Yang Paling Afdhal : Sebelum sembahyang Sunat Aidilfitri
  3. Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh : Selepas sembahyang sunat Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal
  5. Waktu Haram : Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

1 comment: