Thursday, November 20, 2008

Kisah Fauziah nawi dalam teater ...

Pagi tadi masa bersiap nak g keje .. aku tgk MHImacam biasa .. rancangan kegemaran sewaktu bersiap depan cermin ... hehehehe .. so tgklah satu slot mengenai teater solo Fauziah Nawi .. perghh .. aku memang minat giler ngan ibu Fauziah Nawi ni .. bakat dia dalam teater tidak boleh disangkal lagi .. lakon layar dia dalam tv pun aku amat respek .. antara idola aku yang kunun nak jadik pelakun adalah Fauziah nawi ... hehehe .. suka sangat .. kalaulah diberikan peluang untuk berlakon tak pun belajar berlakon ... (bukan macam dalam AF tu ekkk .. ) hehehe .. itu tema berangan jer ... hahaha .. aku nak sangat belajar dari Fauziah nawi .. tak semestinya belajar kene masuk TV ... mean nak dapatkan ilmu saja .. maklumlah dah tua .. takkan ler nak glamer2 lagi .. hehehe .... So aku amik petikan di bawah dari laman Harian Metro ... ni kira promotelah ekk .. hehehe .. macam ada komisyen ler pulak .. hehehe .. tgklah .. kalau sempat aku pegi ... Jom kengkawan ... :D
"Justeru tidak hairanlah, dalam usia mencecah 56 tahun (tahun depan), pengasas Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) ini masih aktif berteater sampai hari ini.
Terbaru, Fauziah bakal beraksi dalam pementasan teater terbaru Stefani berjudul Cinta Julia yang juga karya dan arahan pengarah teater tidak asing lagi, Iryanda Mulia Ramli.
Ketika ditemui Rap di sidang media Cinta Julia di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini, Fauziah mengakui teater monolog itu adalah impiannya, sejak dulu.
"Saya sedar naskhah Cinta Julia memberi cabaran besar buat saya. Sudah lama saya tidak buat skrip seperti ini kerana banyak sangat terbabit dengan drama televisyen. Maklumlah, bila sudah `berkarat', ia memerlukan sedikit masa untuk digilap semula."Pada masa sama, saya perlu kembali semula dengan prinsip asas teater. Terus terang, saya memang `pening kepala' ketika buat latihan teater ini. "Cabaran paling besar adalah untuk mengingati dialog dalam faktor usia sekarang. Itulah `ketakutan' saya ketika ini. Ketika zaman muda dulu, saya tidak ada masalah untuk menghafal skrip dan tidak perlu buat latihan pun. Kini, ia berbeza sama sekali. Justeru, saya buat latihan intensif bagi mengatasi kelemahan sedia ada. Pada masa sama menolak projek lain buat masa ini bagi menyimpan tenaga untuk persembahan teater ini nanti. Selain Cinta Julia, saya hanya terbabit dalam program Raja Lawak saja," katanya.
Apa yang menarik, kata Fauziah, anak seni kelahiran Sungai Rokam, Ipoh, Perak ini, sebanyak 50 peratus kisah Cinta Julia berdasarkan kisah hidupnya sendiri."Sebab itu, saya meminta Iryanda menulis skrip teater ini kerana saya takut akan `keluar' semua cerita pula dan tentu lain pula jadinya nanti. Pembikinan teater ini tergendala seketika kerana Iryanda terpaksa dirawat kerana disahkan menghidap penyakit jantung baru-baru ini. Skrip teater ini juga siap sepenuhnya, minggu lalu. "Cinta Julia juga memaparkan sedikit kisah penderitaan dan kesengsaraan hidup saya dulu. Mungkin ramai yang tidak tahu sejarah hidup saya dulu. Saya sekeluarga berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1971, pada usia 17 tahun. Kami juga menumpang di rumah orang di Kampung Datuk Keramat pada era 70-an (berhampiran dengan rumah Aznil Nawawi). Tapi hakikatnya, kalau kita ingat hidup kita susah, sebenarnya ada orang lain lebih susah dari kita.

"Babak perempuan joget dalam teater ini memang kenangan saya sendiri kerana suka tengok perempuan joget ketika zaman kanak-kanak dulu. "Selain kisah hidup sendiri, Cinta Julia juga menyelitkan kisah makcik yang pernah bekerja sebagai pencuci kain dan pengalaman beberapa orang kawan baik saya sendiri."Memang ada kawan baik saya yang mengalami keperitan tetapi tetap menganggapnya satu kegembiraan dalam hidupnya. Ada juga kisah ibu kepada kepada kawan yang menderita kerana bapanya ada wanita lain dalam hidupnya," katanya.
Bercerita lanjut mengenai teater itu, Fauziah berkata, ia juga banyak babak imbas kembali yang memaparkan zaman remaja Julia hinggalah dia berusia 60 tahun."Pada peringkat awal, mungkin Julia tidak boleh terima hakikat pekerjaan ibu dan bapanya tetapi bila usianya meningkat 60 tahun dia mula faham situasi berkenaan. Hakikatnya, Julia juga merindui ibu bapanya."Selain lakonan, beberapa lagu turut dimuatkan dalam teater yang membabitkan tempoh sejam ini. Antaranya, lagu lama Norlela dendangan Bing Slamet, puisi Dari Bintang Ke Bintang karya Sasterawan Negara, Datuk Dr Usman Awang dan tiga lagu baru ciptaan Iryanda sendiri," katanya.
Fauziah berkata, pihaknya juga merancang untuk mementaskan teater ini ke seluruh tanah air pada masa depan."Buat permulaan, pihak kami ingin mementaskan di negeri kelahiran saya, Perak dan selepas itu ke negeri lain pula."Kami juga tidak fikir soal keuntungan kerana bajet teater ini kecil saja. Apa yang penting, pementasan teater ini dapat menampung dari segi kos dikeluarkan produksi. Setakat ini, dari segi jualan tiket, ia sudah habis ditempah untuk dua malam pementasan berkenaan," katanya.
Sementara itu, Iryanda berkata, ini kali kedua dia bekerja (sebagai pengarah) dengan Fauziah selepas teater muzikal Perjalanan Bu Aminah yang dipentaskan di Istana Budaya pada 2005."Saya sudah mengenali Fauziah sejak 1987. Walaupun sudah kenal lama, saya juga berasa takut untuk mengarah teater yang dilakonkan nama besar sepertinya."Judul teater ini diberikan Fauziah sendiri dan kami juga bekerjasama dalam `interaktif idea' untuk merealisasikan skrip teater ini. "Saya akui cabaran lagi besar untuk mengarahkan pelakon teater yang hebat sepertinya. Saya perlu pastikan sama ada dia sudah keluarkan `semua' yang perlu untuk menjiwai karekternya dalam teater ini."Saya tidak menghadapi masalah untuk menghidupkan babak tarian dan nyanyian dalam pementasan ini kerana Fauziah memang ada bakat menyanyi dan menari kerana dia juga anak didik guru vokal Siti Chairani," katanya.
Cinta Julia adalah kisah wanita yang mengalami pelbagai suka dan duka hidup sebagai anak, pelajar, pekerja, kekasih, isteri dan ibu.Julia juga wanita berwawasan tetapi latar belakang dan pekerjaan ibu bapanya membuatkan dia disisih rakan-rakan dan saudara mara.Begitu juga dengan sikap suaminya yang `cauvinis'. Ingatan masa silam ini timbul ketika Julia menyediakan diri untuk menunaikan fardu Haji.
Cinta Julia akan menemui penggiat teater jam 9 malam di Stor Teater DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur pada 21 November (jumaat ini) hingga 2 Disember nanti.Tiket bagi menyaksikan teater ini ialah RM30 dewasa dan RM15 (pelajar). Keterangan lanjut sila hubungi talian 017-6797151 atau mok611@gmail.com (mokhtar), http://staystillfunny.blogspot.com."

No comments: